Tuesday, October 28, 2008

27 OKTOBER 2008

MASUKKAN GAMBAR UNTUK BLOG 'PROFILE ADZRA'

Aku masukkan gambar dan buat label pada blog supaya senang pengunjung rujuk mana satu yag mereka nak tengok. Erm.. macam biasa kelajuan internet sentiasa mencabar kesabaranku dalam mengendalikan blog-blog aku. Walaubagaimana pun, aku mesti teruskan perjuangan yang belum tamat ni..

Cumenye sekarang ni, tengah dok fikir bahagian analisis tu perlu ke huraikan banyak-banyak??? Erm... dah kene tengok semula laman-laman web yang aku dah analisis.. Hai internet...lajulah sayangku...bia senang cheq buat kije...

Friday, October 17, 2008

13 - 17 OKTOBER 2008

Seminggu dah aku cari dan tambah laman web untuk di analisis.. letih jugak..

Ada la beberapa kekangan ketika buat analisis ni:
1) Internet kadang-kadang meragam. Asik puts-putus je. Tak pun 'server down'.
2) Kebanyakan laman berbentuk forum.. Jadi, terpaksa berhempas pulas cari yang artikel.

Alhamdulillah kerja aku hampir siap. kalau ada masa aku nak tambah maklumat dalam blog aku.

Sunday, October 12, 2008

13 OKTOBER 2008

(1) Aku post Refleksi Kendiri yang aku taip dalam fail Microsot Word.

(2) Aku upload fail Refleksi Kendiri tersebut dalam email group.

8 SEPTEMBER 2008

Dr. mengarahkan kami melawat laman web berkenaan kemahiran berfikir bagi memudahkan kami mencari, menyimpan dan memproses maklumat. Ada sedikit aktiviti selepas kami melawat laman web tersebut. Dan kami perlu menghantar keputusan aktiviti yang kami lakukan dalam laman web tersebut.


PANDUAN 4: Strategi metakognitif

Assalamualaikum,

Sebagai panduan untuk pencarian maklumat laman-laman web yang berkaitan dengan tajuk anda menggunakan strategi metakognitif - sila pelajari kandungan laman web Metaku:

www.cahtma.com/ metaku/index64. html

anda perlu mendaftar sebagai pengguna. seterusnya lakukan analisis kendiri. Jawab dengan tepat dan kemukakan keputusan kepada kami.

Saya beri tempoh untuk anda mempelajari maklumat tersebut dan dijadikan pengetahuan yang perlu diaplikasikan dalam kajian ini dalam tempoh seminggu dari sekarang (16 sept 08)

Saya juga menghantar kepada email sdr/i dan saudari borang penilaian penggunaan laman web Metaku sebelum 16 sept.

1) Keputusan penilaian METAKU:

1. Pencarian maklumat: 70%

2. Pemilihan maklumat: 58%

3. Menyimpan maklumat: 77%

4. Mempelajari maklumat: 64%

2) Keputusan Penilaian Kendiri (menggunakan laman yang baru: www. 3metaku.com)

1- Cari maklumat : Sebelum; 60%. Selepas; 82%
2- pilih maklumat : Sebelum; 64%. Selepas; 83%
3- simpan maklumat : Sebelum; 83%. Selepas; 96%
4- Pelajari maklumat : Sebelum; 62%. Selepas; 96%

4 SEPTEMBER 2008

Panduan ke-3 menyusul…

PANDUAN 3: Proses Kajian – Mencari, Memilih, Menilai

Sehingga tahap inni anda telah pun mempunyai tajuk dan mempunyai blog. Untuk kajian ini anda akan mempunyai sekurang-kurangnya 3 blog yang berasingan.

  1. Blog peribadi/personal (optional)
  2. Blog tentang proses anda menjalani latihan ilmiah (anda perlu mencatakan refleksi setiap proses yang ada lalui semasa membuat latihan ilmiah ini (proses kajian dan refleksi metakognitif)
  3. Blog tentang laman-laman web yang berkaitan dengan tajuk anda yang telah dipilih dan dinilai berdasarkan standard pemikiran (pemikiran kritikal)
  4. Blog tentang pengajaran dan pembelajaran tajuk anda (pemikiran kreatif anda)

Jangan terlalu menekankan soal estetika atau kosmetik blog pada ketika ini kerana tugas yang penting dan kritikal pada saat ini ialah seperti berikut

  1. Tugas anda pada ketika ini untuk membaca, mengetahui, memahami dan mengaplikasikan pengetahuan tentang pemikiran kritikal melalui artikel yang telah diupload.
  2. Mencari, memilih dan menilai laman-laman web berdasarkan kriteria standard pemikiran.
  3. Cari sekurang-kurangnya 50 laman web yang berkaitan dengan tajuk anda sama ada dalam bahasa Melayu, indonesia dan english.
  4. Anda perlu menganalisis dan menilai kandungan laman-laman web berkenaan berdasarkan standard pemikiran. Buat table/jadual untuk memudahkan anda membuat statistik deskriptif dari segi peratus laman web yang ada telah cari, pilih dan nilai yang memenuhi kriteria.
  5. Anda juga perlu membuat ulasan ringkas kandungan berdasarkan kriteria penilaian berasaskan standard pemikiran.
  6. Semasa proses ini dijalankan anda boleh create satu blog yang khusus dengan menyenaraikan laman-laman web berkenaan serta ulasan. Kerana anda akan membuat pautan kepada blog berkenaan dari blog tentang pengajaran dan pembelajaran tajuk anda. (ini yang dikatakan pengintegrasian sumber maklumat laman web dalam pengajaran dfan pembelajaran tajuk anda)
  7. Semasa anda menganalisis kandungan laman-laman web yang dikemukakan oleh penulis lain, anda juga perlu mengambil iktibar dari kelemahan-kelemahan laman-laman web berkenaan supaya semasa anda membangunkan blog tentang tajuk anda ia tidak diulangi. Ia juga menjadi catatan dalam blog latihan ilmiah sebagai refleksi.

Proses ini dilakukan dalam tempoh 2 minggu dari tarikh hari ini. Saya harap semasa perjumpaan minggu depan anda telah telah melalui proses ini dan jika ada masalah kami (Dr Saemah dan saya) akan jelaskan pada perjumpaan khamis depan 11 sept 08.


Ketika ini aku memang berusaha cari template. Aku buat 4 blog yang Dr. arahkan. Aku buat refleksi Ilmiah aku dalam Microsoft Word. Nanti lebih mudah apabila aku nak upload dalam blog aku.

Aku masih belum upload dalam fail aku dalam email group. Aku nak sempurnakan dahulu apa yang aku nak tulis, barulah aku upload. Tapi, malangnya komputer aku ada sedikit masalah. Terpaksalah aku hantar di kedai untuk memperbaikinya. Dengan adanya pertolongan yang Maha Esa, fail-fail aku masih tersimpan. Lepas ni, aku mesti upload kat email group.

5 Ogos 2008

Dr. memberikan kami panduan kedua. Ini adalah langkah seterusnya dalam kami mengendalikan blog untuk latihan ilmiah kami.


PANDUAN 2: Proses

  1. Kajian anda adalah berkaitan dengan pengintegrasian sumber maklumat laman web dalam pengajaran dan pembelajaran sesuatu tajuk yang berkaitan dengan bidang masing-masing
  2. blog digunakan untuk anda memaparkan sumber-sumber maklumat yang telah anda cari, pilih, nilai dan akan gunakan dalam tajuk-tajuk yang anda.
  3. Blog juga digunakan sebagai medan untuk anda menggunakan sebagai sokongan kepada pengajaran dan pembelajaran tajuk berkenaan.
  4. Untuk itu dalam proses pembangunan blog ini, ia perlu melalui langkah-langkah berikut:
    1. Membuat analisis keperluan (berdasarkan maklumat dalam bab 1 dan bab 2 - kajian kepustakaan dengan menetapkan objektif blog anda, objektif pembelajaran)
    2. Membuat reka bentuk dan membangunkan (memperincikan kandungan; reka bentuk antara muka (blog boleh dipelbagaikan user interface - contoh blog yang Fadil sesduai untuk dijadikan interface - tetapi saya tak mahu sama. Anda boleh create beberapa blog dan membuat pautan antara blog, yang penting isi kandungan blog dipaparkan sesuai dengan tajuk kajian anda. Anda perlu buat blog tentang proses anda melaksanakan kajian - refleksi metakognitif anda melakukan kajian - termasuk nanti semasa anda mencari maklumat. Dalam hal ini ada perlu mempelajari kemahiran membuat blog.
    3. Menyebarkan blog anda pada rakan-rakan lain dalam kumpulan ilmiah ini untuk mendapat maklum balas. Sila letakkan dalam menu links alamat blog masing-masing agar saya dan dr saemah dapat memantau kemajuan anda. Anda juga perlu dapatkan pengguna iaitu murid-murid sekolah sebenar untuk menilai kandungan pembelajarna dalam blog anda. Dalam hal ini, anda boleh mendapatkan anak-anak kakitangan ukm. Kita boleh buat special day - jika perlu. Dalam bulan puasa ini anda boleh arrange anak-anak yatim darul izzah dan anak-anak kakitangan keselamatan contohnya untuk dibawa ke makmal komputer - sambil belajar kandungan blog anda. Saya harap pelajar dapat arrange pertemuan ini. Boleh buat hari Ahad. Kalau program ke kemboja anda boleh arrange, inikan pula program berskala kecil ini. Anda boleh gunakan kedua-dua makmal. Seorang pelajar boleh membawa 4-5 murid untuk guna komputer. Anda boleh aturkan proses pengujian dan penilaian ini. Dengan itu, disamping anda memantapkan kajian anda, murid sekolah juga dapat memanfaatkan kajian anda, anda juga boleh buat program tambahan - iaitu mengajar murid membina blog sendiri.
    4. Setelah mendapat maklum balas dari pelajar, anda boleh memperbaiki blog anda.
    5. Dalam proses menyiapkan menyiapkan blog kajian, anda perlu menyiapkan laporan dan uploadkan dalam folder masing-masing dalam group ini. agar kami dapat memantau kajian anda.
    6. Sila ikut arahan kami dari masa ke semasa.
    7. Sekarang anda perlu melipat gandakan usaha.
    8. Saya dapati tidak ramai yang aktif dalam group ini.

2 OGOS 2008

Dr. bagi panduan pertama dalam tugas menyiapkan latihan ilmiah aku


PANDUAN 1: Panduan Perancangan dan Pelaksanaan Kajian:

  1. Penggunaan sumber maklumat dari laman web dalam pengajaran dan pembelajaran merupakan satu cabaran besar kepada guru-guru. Walaupun sumber maklumat mudah dicapai, tetapi ledakan maklumat yang terdapat dalam pelbagai laman web telah menyebabkan guru dan pelajar sukar untuk memilih sesuai, menilai dan menggunakannya dalam pengajaran dan pembelajaran.
  1. Justeru, guru novis perlu mempunyai kemahiran berfikir tinggi untuk memastikan maklumat yang terdapat dalam laman-laman web adalah sahih dan boleh digunakan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.
  1. Dengan itu, satu mekanisma untuk penganalisisan dan penilaian bahan-bahan sumber maklumat dari laman-laman web perlu diwujudkan. Seterusnya sumber maklumat tersebut boleh diintegrasikan dalam pengajaran dan pembelajaran supaya pembelajaran bermakna dengan teknologi maklumat dan komunikasi boleh dilaksanakan.
  1. Untuk kajian ini, anda perlu mengaplikasikan ilmu-ilmu ikhtisas yang telah dipelajari seperti
    1. Komputer dalam Pendidikan (yang terkini anda perlu ada blog sendiri);
    2. psikologi pendidikan;
    3. teknologi pendidikan;
    4. pengalaman semasa menjalani latihan mengajar; kaedah pendidikan islam / alquran;
    5. pengukuran penilaian;
    6. kemahiran berfikir dalam pendidikan (ilmu tambahan – standard pemikiran –dan anda perlu baca dan faham dan bincang dalam yahoogroup tentang Intelectual standard. Dr saemah akan memantau tahap kefahaman anda tentang Intelektual standard ini );

Tajuk:

PENGINTEGRASIAN SUMBER MAKLUMAT DARI LAMAN WEB UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PILIH SATU TAJUK YANG BERKAITAN DENGAN PENDIDIKAN ISLAM / PENDIDIKAN AL-QURAN)

AWAL SEMT 2008/2009

Masa masuk semt memang debar-debar sangat. Aku takut nak hadapi semt kali ni. Semt nak buat latihan ilmiah…membuat aku dalam dilema..

25 JULAI 2008

Aku dah pasti dengan tajuk aku. Tajuk SISTEM CAKERAWALA, pelajaran dalam tingkatan satu dalam tajuk besar “KEAGUNGAN DAN KEKUASAAN ALLAH”. Aku hantar email kat group aku, cadangan tajuk latihan ilmiah aku tu.

28 JULAI 2008

Hari ini, Dr. tukar cara dalam memberikan tugas daripada temubual kepada arahan berikut:

Berdasarkan pengalaman anda di sekolah sepanjang tempoh mengajar, sila buat refleksi berdasarkan pengalaman dan pemerhatian anda. semasa di sekolah - penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan al-Quran dan Islam.

Sebagai panduan, buat analisis:

1. Kekuatan

2. Kelemahan

3. Apakah cadangan anda untuk mengatasi kelemahan

4. Apakah batasan atau kekangan untuk melaksanakan cadangan

Aku rangka jawapan aku dalam Microsoft Word. Aku tak hantar pun kat email. Tajuk jawapan aku:

“Tidak pernah guna ICT”


Ada BBM daripada pihak kementerian namun tidak digunakan.

Guru tasawwur ada mengikuti kursus mengenai penggunaan BBM namun masih tidak menggunakan. Dalam penggunaan ICT, dalam program Microsoft word lebih banyak digunakan untuk laporan-laporan tertentu seperti laporan postmortem peperiksaan.

Alasan:

  1. tidak sempat kerana kekangan masa untuk menyediakan bahan pengajaran menggunakan ICT.
  2. kekurangan masa untuk mencari bahan menggunakan internet.
  3. terpaksa menguruskan banyak aktiviti seperti, kem solat, ceramah maal hijrah dan sebagainya yang berkaitan dengan aspek agama.
  4. dalam satu matapelajaran hanya ada seorang guru. Dialah guru guru kelas, dialah guru panitia Pendidikan Islam dan dialah juga yang mengajar Tasawwur bagi tingkatan 4 dan 5. dia juga mengajar pendidikan islam tingkatan 5.
  5. kurang mahir dalam menggunakan computer dan internet.
  6. lebih mudah dengan pengajaran kuliah, mengarahkan pelajar menulis nota dan melakukan latihan.
  7. terpaksa mengejar silibus pengajaran yang terlalu banyak, disamping mengejar masa bagi aktiviti PAFA. Dan PAFA perlu dilakukan di luar kelas.


Bagi pelajar:

  1. seronok belajar dengan penggunaan ICT.
  2. kadang-kadang boring sekiranya tidak ada aktiviti sampingan daripada pelajar.
  3. dengan pengajaran traditional, lebih bosan keran terpaksa mendengar sahaja.

Pendapat guru berkaitan ICT:

  1. bagus untuk pelajar.
  2. dapat menarik perhatian pelajar dan pelajar lebih menumpukan pengajaran.
  3. merasakan ICT ini menyukarkan kerana pihak kementerian menekankan guru-guru menggunakan ICT, malangnya, kebanyakan guru-guru di situ kurang arif berkaitan ICT.
  4. mempelbagaikan pengajaran.

Dalam pemerhatian saya, dalam sekolah tersebut, guru-guru tidak banyak terdedah kepada penggunaan ICT. Bagi guru senior mereka lebih cenderung kepada pangajaran traditional iaitu secara kuliah. Namun, berbeza kepada guru yang 'freshy, mereka lebih mahir dalam penggunaan ICT.

Saya juga dapati, guru-guru dalam bidang sains lebih banyak mengunakan slide show dalam pengajaran kerana setiap makmal disediakan LCD. Oleh itu, pengajaran yang diadakan di makmal secara automatiknya akan menggunakan LCD.

Cadangan:

Saya juga ada temubual seorang guru dari sekolah lain. Tetapi sekolah rendah telok panglima garang. Guru besar akan menghantar guru-guru yang tidak mahir utnuk mengikuti kursus perkomputeran dan bersungguh-sungguh mencari alternatif supaya guru-guru di sekolah tersebut tidak buta ICT.

Ini memberi peluang kepada guru-guru yang tidak mahir mendalami ilmu dalam ICT.

Kadang-kadang, saya merasakan bahawa selain daripada mengharapkan individu guru tersebut mencari jalan sendiri untuk mendalami ilmu ICT, pihak sekolah juga perlu memikirkan jalan supaya guru-guru yang tidak mahir ICT ini mampu mengusai ICT dengan baik.

Contohnya seperti apa yang telah dilakukan oleh guru besar sekolah rendah telok panglima garang seperti yang telah saya beritahu di atas.

SEPANJANG PRAKTIKUM ( 12 MEI – 18 JULAI 2008 )

Aku buat blog dan cari maklumat tentang tajuk aku. Aku tengok buku pendidikan Islam. Rasa-rase macam nak buat tajuk ‘KEKUASAAN ALLAH’ – tingkatan satu. Aku pilih subtopic CAKERAWALA. Yang menceritakan tentang betapa besarnya kuasa Allah dalam menjadikan alam ini. Rase menarik pulak.

Blog pertama aku beralamat: nadirah-adzra.blogspot.com

Ini baru blog belajar. Baru cuba-cuba.


Langkah-langkah aku cari maklumat, aku guna langkah yang biasa aku buat nak cari maklumat:

1. Aku guna search enjin ‘internet explore’ dan mozilla firefox’. Aku lebih senang guna dua search enjin.

2. Perkataan yang aku cari:

1) sistem cakerawala

2) prose kejadian alam menurut barat

3) proses kejadian alam menurut islam

4) alam semesta

5) definisi sistem cakerawala

6) hikmah ciptaan cakerawala

7) cakerawala ciptaan Allah

8) rahsia cakerawala

Cara cari maklumat guna ‘bookmarks’ dan ‘favorite’:

1- Aku simpan maklumat guna ‘bookmark’ kat mozilla firefox. Dalam internet explore pulak, aku guna favorites.

2- Sikit je aku simpan mklumat dalam ‘bookmarks’ dan ‘favorite’ tu. Aku selalu save page web tu pastu simpan dalam fail. Alamat laman web tu pulak aku copy letak dalam word. Tapi lama-lama aku save alamat laman je.

3- Dalam dua puluh lebih aku baru dapat. Internet slow. Lagipun, kalau cari laman-laman web tu tak semua yang menepati kehendak kita.

Cara cari maklumat guna tab dan window:

1- Aku buka laman web guna tab. Lagi mudah dan banyak. Tapi kalau internet perlahan, tak boleh jugak.

2- Cara kedua aku kadang-kadang buka laman guna window. Tapi macam leceh. Selalu tajuk yang sama aku guna tab. Tapi kalau tajuk lain yang aku nak cari, aku akan guna window

8 MEI 2008

Dr suruh buat kajian dan bagi response dalam emai tentang blog. Arahan beliau:


Sila kaji dan bincangkan.

1. Kelebihan dan kelemahan Blog untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran.

2. Kelebihan dan kelemahan laman web yang dibina sendiri templatnya (bukan blog) untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran.


Aku fikir-fikir, aku buka laman orang, ingat semula cara buat laman web dulu.. baru aku jawab dalam email. Pastu aku post la jawapan aku. Erm…kawan-kawan lain pun ada bagi jawapan.

7 MEI 2008

Dr. Hajjah bagi tajuk-tajuk yang pernah dibuat oleh senior-senior kami. Jadi mudahlah kami tahu mana tajuk yang tidak perlu dibuat lagi. Kami kene pilih tajuk selain mereka. Dr tak mahu tajuk kami bertindan.

Dr ada bagi peringatan awl-awal supaya ami aktif dalam email group. Dr. nak kami berbincang. Bukan jadi pemerhati semata-mata. Aku tak tahu nak tanya apa. Tapi dalam kepala aku, ‘tu’ aku tak tahu, ‘ni’ aku tak tahu, lama-lama aku pun tak tahu nak tanya apa.

Nasib ada kawan lain timbulkan permasalahan. Barulah aku nampak apa yang perlu. Yang aku ingat, aku nak cari tajuk dan buat blog. Tu je la yang aku fikirkan.

Dr arahkan kami buat laman guna blogger, lagi mudah berbanding laman web. Dulu aku pernah buat laman web. Payah pun iyer.. masa aku tak reti sangat buat blog, aku ingat laman web lagi mudah dari blog. Sebab aku pernah buat laman web, kire ada pengalaman berbanding buat blog. Bila dah reti sikit-sikit, aku rasa blog lagi mudah daripada laman web.

SEPANJANG MEI 2008

Masa ni, praktikum pun aku kene ambil berat, arahan daripada Dr pun aku kene ambil tahu. Kawan-kawan sudah mula bertanya melalui email tentang tugas kami seterusnya nanti. Dr pun ada jugak bagi mengarahkan kami, supaya membuat kajian awal terhadap guru-guru di sekolah tentang P&P mengggunakan ICT, khususnya guru pendidikan Islam.

Aku praktikum dapat dengan rumah. Alhamdulillah. Senang nak belajar tentang blog. Semangat jugak aku nak buat blog aku. Aku ada sedikit kemahiran tentang nak memulakan blog. Tapi yang ‘advance’ tu tak da lagi. Ape pun, aku cuba;

1- Mula-mula aku daftar la dulu blog aku.. aku pilih ‘template’ yang memang ada kat dalam ‘blogger’ tu.

2- Lepas tu aku dah pelik.. macamne aku nak tambah ‘excesori’ kat dalam blog aku??

3- Aku tanya la ramai orang. Buka laman chat kat YM (Yahoo Messenger) cari kawan-kawan Mesir aku. Hadi la antara yang aku tanya. Dia pun ajar la sikit-sikit kat aku. Susah jugak nak belajar dengan jarak jauh.

4- Aku cari orang lagi. Kakak aku orang yang seterusnya. Ha.. dia pun tengah ‘bermain-main’ dengan blog.. Mujur jugak ada dia. Dia pun ajar cari template, camna nak tambah ‘excesori’. Mula-mula rasa payah..nak baca ‘code-code’ yang sememangnya aku tak paham. Pening jugak. Tapi aku tahu, nanti lama-lama aku biasa jugak. Aku memang camni. Lembab sikit. Nanti bila dah biasa baru aku ok, tapi orang lain dah jauh sikit la. Takpelah asalkan aku buat dan aku berusaha.

5- Kakak aku ada bagitau jugak supaya cari kat search enjin cara nak buat blog. Kadang-kadang ada laman yang mengajar cara buat blog dan macam-macam tentang blog.

6- Aku taip “buat blog”, “belajar buar blog”, “template for blogger”. Ini semua untuk tahu banyak lagi tentang blog.

1 MEI 2008

Dr. bagi gambaran awal tentang tajuk latihan ilmiah kami. Arahan Dr seperti berikut:

Secara umumnya tajuk kajian adalah

PENGINTEGRASIAN SUMBER MAKLUMAT DARI LAMAN WEB UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ( PILIH SATU TAJUK YANG BERKAITAN
DENGAN PENDIDIKAN ISLAM / PENDIDIKAN AL-QURAN)

Yang berbeza dari segi tajuk ialah tajuk atau sub tajuk yang hendak diajar.

Secara umumnya kajian ini merupakan bagaimana sumber maklumat dari laman web yang telah dicari, dianalisis dan dinilai diintegrasikan dalam pengajaran dan pembelajaran sesuatu tajuk yang dipilih.

Blog adalah digunakan untuk:

1. Memuatkan kandungan isi pengajaran tajuk yang hendak diajar.

2. Pautan-pautan atau laman-laman web yang telah dikenal pasti berdasarkan standard pemikiran ( kemahiran berfikir kritis – standard pemikiran ini merupkan literatur review).

3. Anda juga diminta untuk membuat rancangan pengajaran bagaimana
mengintegrasikan sumber-sumber maklumat yang diperoleh sebagai panduan
untuk guru-guru lain.

Semasa di sekolah nanti, teliti kandungan sukatan Pendidikan Islam dan al-Quran dari tingkatan 1 hingga tingkatan 6.

Pilih tajuk yang difikirkan sesuai untuk mengintegrasikan sumber maklumat laman web.

Laman-laman web yang hendak dicari tidak semestinya dari sumber Islam sahaja, tetapi laman-laman web lain seperti yang berkaitan dengan astronomi, puasa dan lain-lain yang difikirkan sesuai.

Semasa di latihan mengajar, anda dikehendaki menemu bual guru-guru pendidikan Islam dan juga pelajar-pelajar tentang penggunaan sumber maklumat dari laman web. Saya sedang merangka soalan-soalan yang akan ditanya. Data-data temubual dan pemerhatian di sekolah akan anda analisis untuk dimuatkan sebagai latar belakang kajian.

24 APRIL 2008

Senarai nama pelajar di bawah seliaan kedua-dua pensyarahku telah dihantar melalui email group. Gembira pun ada, ‘excited’ pun ada. Takut dan bimbang jangan cerita la…hehehe. Selepas ni, bermulalah arahan-arahan yang perlu aku ikuti, kalau tidak, terlepas maklumat lah aku. Aku mesti selalu tengok email aku.

Dr mengarahkan kami belajar untuk buat blog sebab latihan ilmiah dibawah Dr. Hajjah dan Dr. Saemah perlu buat blog. Aku nak kata reti sangat tak juga. Tapi pernah jugak la daftar blog. Ada jugak gambaran.

AKHIR SEMESTER 2007/2008 (APRIL 2007)

Tahun depan semester 1 sesi 2008/2009, aku dah kene buat Latihan Ilmiah. Semua orang memang risau nak pilih tajuk, termasuklah aku. Tiba-tiba satu hari, K.suri memberitahuku dia mahu menyertai penyeliaan latihan ilmiah di bawah Dr.Hajjah Fatimah Mohd Yassin dan Dr. Saemah Rahman. Dia ada ajak aku jugak, dia cerita la apa yang patut dilakukan dalam seliaan di bawah dua pensyarahku tadi.

Pada mulanya memang aku ragu-ragu dan sedikit bimbang. Maklumlah kena buat Latihan Ilmiah berpandukan ICT dan Kemahiran berfikir. Aku minat dengan perkomputeran. Tapi tulah, bila susah sikit tu yang aku pun naik bingung. Dengan lagi kemahiran berfikir.. aku rasa lemah sangat. Semt dulu pun masa ambil kemahiran berfikir, aku bukan pandai sangat. Tapi akhirnya, dengan tekad dan ikhtiar, aku pilih juga penyeliaan di bawah kedua-dua pensyarahku tadi. Aku memang selalu berdoa, agar diberi kekuatan dalam menyiapkan latihan ilmiah aku..

Langkah pertama sekali dalam tugas aku,

1- Dr. suruh daftar email masing-masing dalam group. Dr. kata nak pelajar-pelajar yang dibawah seliaan beliau belajar dalam group. Saling tolong menolong. Aku suka cara tu, nanti aku boleh tanya rakan-rakan lain kalau tak tahu.

2- Aku cepat-cepat daftar. Masa tu, kami pelajar-pelajar seliaan beliau komunikasi melalui SMS. Aku sebenarnya lupa-lupa jugak cara nak daftar group email. Aku hantam jer. Baca arahan kat Yahoo tu, pastu buat. Alhamdulillah jadi. Teringat pulak zaman aku tahun satu dengan Dr. Hajjah belajar subjek ‘KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN’. Kene bermain dengan computer dan internet.

3- Lepas daftar kat email group, Dr. bagi arahan melalu email jer. Ape-apa tulis jerk kat email.

ASSALAMUALAIKUM


LAMAN INI MENGANDUNGI KRONOLOGI PERJALANAN SEPANJANG AKU MEMBINA BLOG AKU. PELBAGAI PERKARA PERLU AKU LAKUKAN DAN DALAM PROSES ITU JUGA BANYAK YANG AKU PELAJARI, DARIPADA SITULAH AKU BELAJAR UNTUK LEBIH MEMAJUKAN DIRI AKU. INILAH DIARI BLOG AKU...

 
REFLEKSI ILMIAH 08 - Made free by Free Blog,SEO Created by Diznews Online
by TNB