Sunday, October 12, 2008

1 MEI 2008

Dr. bagi gambaran awal tentang tajuk latihan ilmiah kami. Arahan Dr seperti berikut:

Secara umumnya tajuk kajian adalah

PENGINTEGRASIAN SUMBER MAKLUMAT DARI LAMAN WEB UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ( PILIH SATU TAJUK YANG BERKAITAN
DENGAN PENDIDIKAN ISLAM / PENDIDIKAN AL-QURAN)

Yang berbeza dari segi tajuk ialah tajuk atau sub tajuk yang hendak diajar.

Secara umumnya kajian ini merupakan bagaimana sumber maklumat dari laman web yang telah dicari, dianalisis dan dinilai diintegrasikan dalam pengajaran dan pembelajaran sesuatu tajuk yang dipilih.

Blog adalah digunakan untuk:

1. Memuatkan kandungan isi pengajaran tajuk yang hendak diajar.

2. Pautan-pautan atau laman-laman web yang telah dikenal pasti berdasarkan standard pemikiran ( kemahiran berfikir kritis – standard pemikiran ini merupkan literatur review).

3. Anda juga diminta untuk membuat rancangan pengajaran bagaimana
mengintegrasikan sumber-sumber maklumat yang diperoleh sebagai panduan
untuk guru-guru lain.

Semasa di sekolah nanti, teliti kandungan sukatan Pendidikan Islam dan al-Quran dari tingkatan 1 hingga tingkatan 6.

Pilih tajuk yang difikirkan sesuai untuk mengintegrasikan sumber maklumat laman web.

Laman-laman web yang hendak dicari tidak semestinya dari sumber Islam sahaja, tetapi laman-laman web lain seperti yang berkaitan dengan astronomi, puasa dan lain-lain yang difikirkan sesuai.

Semasa di latihan mengajar, anda dikehendaki menemu bual guru-guru pendidikan Islam dan juga pelajar-pelajar tentang penggunaan sumber maklumat dari laman web. Saya sedang merangka soalan-soalan yang akan ditanya. Data-data temubual dan pemerhatian di sekolah akan anda analisis untuk dimuatkan sebagai latar belakang kajian.

0 comments:

 
REFLEKSI ILMIAH 08 - Made free by Free Blog,SEO Created by Diznews Online
by TNB