Sunday, October 12, 2008

8 MEI 2008

Dr suruh buat kajian dan bagi response dalam emai tentang blog. Arahan beliau:


Sila kaji dan bincangkan.

1. Kelebihan dan kelemahan Blog untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran.

2. Kelebihan dan kelemahan laman web yang dibina sendiri templatnya (bukan blog) untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran.


Aku fikir-fikir, aku buka laman orang, ingat semula cara buat laman web dulu.. baru aku jawab dalam email. Pastu aku post la jawapan aku. Erm…kawan-kawan lain pun ada bagi jawapan.

7 MEI 2008

Dr. Hajjah bagi tajuk-tajuk yang pernah dibuat oleh senior-senior kami. Jadi mudahlah kami tahu mana tajuk yang tidak perlu dibuat lagi. Kami kene pilih tajuk selain mereka. Dr tak mahu tajuk kami bertindan.

Dr ada bagi peringatan awl-awal supaya ami aktif dalam email group. Dr. nak kami berbincang. Bukan jadi pemerhati semata-mata. Aku tak tahu nak tanya apa. Tapi dalam kepala aku, ‘tu’ aku tak tahu, ‘ni’ aku tak tahu, lama-lama aku pun tak tahu nak tanya apa.

Nasib ada kawan lain timbulkan permasalahan. Barulah aku nampak apa yang perlu. Yang aku ingat, aku nak cari tajuk dan buat blog. Tu je la yang aku fikirkan.

Dr arahkan kami buat laman guna blogger, lagi mudah berbanding laman web. Dulu aku pernah buat laman web. Payah pun iyer.. masa aku tak reti sangat buat blog, aku ingat laman web lagi mudah dari blog. Sebab aku pernah buat laman web, kire ada pengalaman berbanding buat blog. Bila dah reti sikit-sikit, aku rasa blog lagi mudah daripada laman web.

SEPANJANG MEI 2008

Masa ni, praktikum pun aku kene ambil berat, arahan daripada Dr pun aku kene ambil tahu. Kawan-kawan sudah mula bertanya melalui email tentang tugas kami seterusnya nanti. Dr pun ada jugak bagi mengarahkan kami, supaya membuat kajian awal terhadap guru-guru di sekolah tentang P&P mengggunakan ICT, khususnya guru pendidikan Islam.

Aku praktikum dapat dengan rumah. Alhamdulillah. Senang nak belajar tentang blog. Semangat jugak aku nak buat blog aku. Aku ada sedikit kemahiran tentang nak memulakan blog. Tapi yang ‘advance’ tu tak da lagi. Ape pun, aku cuba;

1- Mula-mula aku daftar la dulu blog aku.. aku pilih ‘template’ yang memang ada kat dalam ‘blogger’ tu.

2- Lepas tu aku dah pelik.. macamne aku nak tambah ‘excesori’ kat dalam blog aku??

3- Aku tanya la ramai orang. Buka laman chat kat YM (Yahoo Messenger) cari kawan-kawan Mesir aku. Hadi la antara yang aku tanya. Dia pun ajar la sikit-sikit kat aku. Susah jugak nak belajar dengan jarak jauh.

4- Aku cari orang lagi. Kakak aku orang yang seterusnya. Ha.. dia pun tengah ‘bermain-main’ dengan blog.. Mujur jugak ada dia. Dia pun ajar cari template, camna nak tambah ‘excesori’. Mula-mula rasa payah..nak baca ‘code-code’ yang sememangnya aku tak paham. Pening jugak. Tapi aku tahu, nanti lama-lama aku biasa jugak. Aku memang camni. Lembab sikit. Nanti bila dah biasa baru aku ok, tapi orang lain dah jauh sikit la. Takpelah asalkan aku buat dan aku berusaha.

5- Kakak aku ada bagitau jugak supaya cari kat search enjin cara nak buat blog. Kadang-kadang ada laman yang mengajar cara buat blog dan macam-macam tentang blog.

6- Aku taip “buat blog”, “belajar buar blog”, “template for blogger”. Ini semua untuk tahu banyak lagi tentang blog.

1 MEI 2008

Dr. bagi gambaran awal tentang tajuk latihan ilmiah kami. Arahan Dr seperti berikut:

Secara umumnya tajuk kajian adalah

PENGINTEGRASIAN SUMBER MAKLUMAT DARI LAMAN WEB UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ( PILIH SATU TAJUK YANG BERKAITAN
DENGAN PENDIDIKAN ISLAM / PENDIDIKAN AL-QURAN)

Yang berbeza dari segi tajuk ialah tajuk atau sub tajuk yang hendak diajar.

Secara umumnya kajian ini merupakan bagaimana sumber maklumat dari laman web yang telah dicari, dianalisis dan dinilai diintegrasikan dalam pengajaran dan pembelajaran sesuatu tajuk yang dipilih.

Blog adalah digunakan untuk:

1. Memuatkan kandungan isi pengajaran tajuk yang hendak diajar.

2. Pautan-pautan atau laman-laman web yang telah dikenal pasti berdasarkan standard pemikiran ( kemahiran berfikir kritis – standard pemikiran ini merupkan literatur review).

3. Anda juga diminta untuk membuat rancangan pengajaran bagaimana
mengintegrasikan sumber-sumber maklumat yang diperoleh sebagai panduan
untuk guru-guru lain.

Semasa di sekolah nanti, teliti kandungan sukatan Pendidikan Islam dan al-Quran dari tingkatan 1 hingga tingkatan 6.

Pilih tajuk yang difikirkan sesuai untuk mengintegrasikan sumber maklumat laman web.

Laman-laman web yang hendak dicari tidak semestinya dari sumber Islam sahaja, tetapi laman-laman web lain seperti yang berkaitan dengan astronomi, puasa dan lain-lain yang difikirkan sesuai.

Semasa di latihan mengajar, anda dikehendaki menemu bual guru-guru pendidikan Islam dan juga pelajar-pelajar tentang penggunaan sumber maklumat dari laman web. Saya sedang merangka soalan-soalan yang akan ditanya. Data-data temubual dan pemerhatian di sekolah akan anda analisis untuk dimuatkan sebagai latar belakang kajian.

24 APRIL 2008

Senarai nama pelajar di bawah seliaan kedua-dua pensyarahku telah dihantar melalui email group. Gembira pun ada, ‘excited’ pun ada. Takut dan bimbang jangan cerita la…hehehe. Selepas ni, bermulalah arahan-arahan yang perlu aku ikuti, kalau tidak, terlepas maklumat lah aku. Aku mesti selalu tengok email aku.

Dr mengarahkan kami belajar untuk buat blog sebab latihan ilmiah dibawah Dr. Hajjah dan Dr. Saemah perlu buat blog. Aku nak kata reti sangat tak juga. Tapi pernah jugak la daftar blog. Ada jugak gambaran.

AKHIR SEMESTER 2007/2008 (APRIL 2007)

Tahun depan semester 1 sesi 2008/2009, aku dah kene buat Latihan Ilmiah. Semua orang memang risau nak pilih tajuk, termasuklah aku. Tiba-tiba satu hari, K.suri memberitahuku dia mahu menyertai penyeliaan latihan ilmiah di bawah Dr.Hajjah Fatimah Mohd Yassin dan Dr. Saemah Rahman. Dia ada ajak aku jugak, dia cerita la apa yang patut dilakukan dalam seliaan di bawah dua pensyarahku tadi.

Pada mulanya memang aku ragu-ragu dan sedikit bimbang. Maklumlah kena buat Latihan Ilmiah berpandukan ICT dan Kemahiran berfikir. Aku minat dengan perkomputeran. Tapi tulah, bila susah sikit tu yang aku pun naik bingung. Dengan lagi kemahiran berfikir.. aku rasa lemah sangat. Semt dulu pun masa ambil kemahiran berfikir, aku bukan pandai sangat. Tapi akhirnya, dengan tekad dan ikhtiar, aku pilih juga penyeliaan di bawah kedua-dua pensyarahku tadi. Aku memang selalu berdoa, agar diberi kekuatan dalam menyiapkan latihan ilmiah aku..

Langkah pertama sekali dalam tugas aku,

1- Dr. suruh daftar email masing-masing dalam group. Dr. kata nak pelajar-pelajar yang dibawah seliaan beliau belajar dalam group. Saling tolong menolong. Aku suka cara tu, nanti aku boleh tanya rakan-rakan lain kalau tak tahu.

2- Aku cepat-cepat daftar. Masa tu, kami pelajar-pelajar seliaan beliau komunikasi melalui SMS. Aku sebenarnya lupa-lupa jugak cara nak daftar group email. Aku hantam jer. Baca arahan kat Yahoo tu, pastu buat. Alhamdulillah jadi. Teringat pulak zaman aku tahun satu dengan Dr. Hajjah belajar subjek ‘KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN’. Kene bermain dengan computer dan internet.

3- Lepas daftar kat email group, Dr. bagi arahan melalu email jer. Ape-apa tulis jerk kat email.

ASSALAMUALAIKUM


LAMAN INI MENGANDUNGI KRONOLOGI PERJALANAN SEPANJANG AKU MEMBINA BLOG AKU. PELBAGAI PERKARA PERLU AKU LAKUKAN DAN DALAM PROSES ITU JUGA BANYAK YANG AKU PELAJARI, DARIPADA SITULAH AKU BELAJAR UNTUK LEBIH MEMAJUKAN DIRI AKU. INILAH DIARI BLOG AKU...

 
REFLEKSI ILMIAH 08 - Made free by Free Blog,SEO Created by Diznews Online
by TNB